SPARK

..
Login
Sistem Pengurusan Air KADA

SPARK

  1. Home

Pengenalan SPARK

About SPARK


Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Sistem Pengurusan Air KADA (SPARK)  ini dibangunkan bertujuan untuk menyediakan akses terhadap data dari setiap stesen-stesen telemetri, pam dan pintu air kepada Kakitangan KADA secara hampir masa-nyata (real-time) dan boleh diakses di mana sahaja melalui sambungan kepada internet.

Melalui SPARK, kemasukan data secara manual akan digantikan (phase out) secara beransur-ansur kerana SPARK menyediakan platform untuk penerimaan data secara automatik setiap 15 minit untuk status stesen dan penerimaan data pada masa-nyata jika berlaku sebarang perubahan data.

Dengan adanya capaian data pada kekerapan yang tinggi akan membantu KADA untuk menentukan strategi yang tepat bagi mengurus pengairan ke tapak-tapak pertanian yang terlibat dan secara tidak langsung dapat mengurangkan masa operasi, sumber tenaga dan pembaziran air, seterusnya meningkatkan hasil pertanian dan pengurangan pelepasan karbon (carbon emission reduction).

Selain dari data-data terkini, SPARK juga membuat pengumpulan data historikal telemetri. Data historikal ini boleh dipaparkan dalam bentuk graf atau jadual. Berdasarkan data-data yang telah dikumpul, KADA boleh membuat analisis untuk mengenalpasti corak data tahun-tahun sebelumnya yang mungkin boleh membantu untuk persediaan pengairan pada musim kemarau, monsun dan sebagainya.

SPARK akan menjadi platform untuk menyediakan sistem amaran yang akan menyebarkan notifikasi melalui telegram secara automatik sekiranya bacaan sensor telah melebihi nilai ambang yang telah ditetapkan. Kebolehan ini sangat membantu untuk menambah kecekapan dalam kesiapsiagaan operasi 24 jam semasa musim hujan lebat dan seumpamanya.

Selain dari pengumpulan data, SPARK juga boleh memberikan perintah arahan jarak jauh kepada stesen-stesen. Operasi Pam dan Pintu Air boleh dikawal secara terus melalui SPARK dan bagi memastikan kawalan ini tidak disalahgunakan, semakan keselamatan perlu dilalui oleh pengguna sebelum sebarang kawalan diaktifkan. Sebelum sebarang arahan kawalan jarak jauh diaktifkan di stesen, siren khas akan dibunyikan supaya kakitangan yang berada di kawasan lapangan bersedia untuk sebarang peralatan yang akan diaktifkan dari SPARK. Selain itu, operasi kawalan jarak jauh ini masih boleh dipintas di tapak stesen sekiranya wujud risiko yang kerosakan atau mengancam keselamatan dan seumpamanya.

Pengumpulan data dan kawalan operasi stesen akhirnya boleh dirumuskan dalam laporan yang boleh dijana melalui SPARK secara berkala atau pada bila-bila masa yang diperlukan.

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Sistem Pengurusan Air KADA (SPARK) was developed to provide access to data from each telemetry station, pump and water gate to KADA Staff in near real-time and can be accessed anywhere via an internet connection.

Through the SPARK, manual data entry will be gradually replaced (phased out) because the SPARK provides a platform for automatic data reception every 15 minutes for station status and real-time data reception if any data changes occur.

With high frequency data access, it will help KADA to determine the right strategy for managing irrigation to the agricultural sites involved and indirectly reduce operating time, energy resources and water waste, thus increasing agricultural yields and reducing carbon emissions.

Apart from the latest data, the SPARK also collects historical telemetry data. This historical data can be displayed in the form of graphs or tables. Based on the data collected, KADA can conduct analysis to identify data patterns from previous years that may be helpful for irrigation preparation during the dry season, monsoon, etc.

The SPARK will be a platform to provide an alert system that will automatically send notifications via telegram if sensor readings exceed a predetermined threshold value. This capability is very helpful in increasing efficiency in 24-hour operational readiness during heavy rainfall and the like.

Apart from data collection, the SPARK can also provide remote command commands to stations. Pump and Gate operations can be controlled directly through the SPARK and to ensure that this control is not misused, a security check must be passed by the user before any control is activated. Before any remote control command is activated at the station, a special siren will be sounded so that personnel in the field area are ready for any equipment that will be activated from the SPARK. In addition, this remote control operation can still be intercepted at the station site if there is a risk of damage or a threat to safety and the like.

Data collection and control of station operations can ultimately be summarized in reports that can be generated via the SPARK periodically or whenever needed.

Dasar Privasi
Dasat Keselamatan
Penafian
Soalan Lazim
Sitemap

  • Best viewed using Google Chrome, Safari, Microsoft Edge or Mozilla Firefox with 1920x1080 screen resolution
    Hakcipta © 2025 Sistem Pengurusan Air KADA (SPARK). All rights reserved.

Kebolehcapaian

-A A +A